Thursday, January 27, 2011

PMO FC vs MARKAS TENTERA DARAT

Assalamualaikum..

Tanggal 21 Jan 2011 (Jumaat), sekali lagi PMO FC menerima kunjungan pelawat yang bertandang ke Stadium Pancarona, Persint 18, Putrajaya bagi menghadapi perlawanan persahabatan. Kehadiran pasukan bolasepak dari Markas Tentera Darat, Kementerian Pertahanan ini begitu menggerunkan. Dengan kekuatan penyokong pelawat yang datang memberikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka dianggarkan seramai 300 orang.

Dengan penuh sokongan yang jitu, pasukan pelawat berjaya mendahului satu gol pada separuh masa pertama. Namun gol tersebut telah membangkitkan semangat pasukan PMO FC. Satu demi satu perancangan disusun dan hasilnya pada pertengahan masa kedua, gol yang dinantikan menjelma hasil jaringan cantik yang disempurnakan pemain PMO FC. Permainan kembali rancak dengan kedua-dua pasukan melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan namun keputusan berakhir 1-1.

Perlawanan persahabatan ini berakhir dengan pertukaran cenderahati yang disampaikan oleh wakil PMO FC dan Markas Tentera Darat kepada pemain. 

Antara tetamu VIP Markas Tentera Darat yang hadir pada malam tersebut ialah:

               i.             Jen Dato’ Sri Zulkifli bin Mohd Zin  (Panglima Tentera Darat)
ii.            Mej Jen Dato’ Mazelan bin Kasap   (KS MK Tentera Darat)
iii.           Mej Jen Dato’ Zulkiple bin Hj Kassim (Panglima 4 Div)
iv.           Brig Jen Dato’ Shaharudin bin Abu Bakar (AKS SM)
v.            Brig Jen Dato’ Suhaimi bin Hj Baharuddin (TP Halatuju TD)
vi.           Brig Jen Redzuan bin Hj Baharuddin (Panglima 12 Bgd)

Sekian..










2 comments:

  1. Tahniah dan t/kaseh d atas sokongan dan semangat setiakawan sehingga kita berjaya menganjurkan program perlawanan persahabatan pasukan b/sepak PMO VS MKTD,,,SEKALI TAHNIAH BUAT SEMUA YANG TERLIBAT

    ReplyDelete

test