Thursday, February 24, 2011

PMO FC berkunjung ke Sek. Men. Teknik Sepang (SMTS FC)

Assalamualaikum..

Kembali bersama perlawanan persahabatan seterusnya. Pada tarikh 23 Feb 2011, PMO FC sekali lagi terbang berkunjung ke Sek. Men. Teknik Sepang (SMTS FC). Kunjungan kali ini bertujuan membalas dendam kepada pasukan sama yang dibarisi pelajar Sekolah Menengah Teknik tersebut diatas keciciran mata PMO FC pada kunjungan terdahulu. Berbekalkan kemenangan besar pada perlawanan sebelumnya, PMO FC tampak yakin yang perlawanan kali ini tidak akan berpihak kepada pasukan lawan lagi.

Perlawanan berlangsung rancak pada separuh masa pertama. Faktor padang dan cuaca yang begitu baik menjamin perlawanan yang menarik antara kedua-dua pasukan. Serangan demi serangan dilancarkan, namun tiada satu pun yang menemui jaringan. Kedua-dua pasukan mengamal corak permainan berhati-hati dengan sesekali serangan yang dilancarkan oleh PMO FC agar menggusarkan pertahanan SMTS FC.  

Bermula separuh masa kedua, serangan-serangan merbahaya mula disusun oleh kedua-dua pasukan yang mahu mencari gol kemenangan. SMTS FC terlebih dahulu menemui jaringan hasil serangan balas yang pantas dan menjadikan kedudukan 1-0. Gol yang terhasil sedikit sebanyak mengubah corak permainan dan menambah tekanan kepada pasukan PMO FC. Harapan agar gol penyamaan muncul tidak kesampaian apabila SMTS FC menambah lagi derita PMO FC dengan menjaringkan 2 gol sebelum perlawanan berakhir dengan PMO FC terpaksa akur kepada SMTS FC dengan keputusan 3-0.

Sekian.

Friday, February 18, 2011

PMO FC vs JAWHAR FC


Assalamualaikum..

TAHNIAH Mungkin ini adalah kata-kata terbaik yang dapat diucapkan oleh setiap pemain PMO FC kepada diri sendiri dan seluruh pasukan dalam meraikan kejayaan PMO FC menewaskan JAWHAR FC. Hujan yang turun sebelum perlawanan bermula bagaikan memberi satu semangat yang luar biasa, semangat yang amat dituntut oleh pengurus pasukan PMO FC sendiri. Hujan petang 17 Feb 2011 telah menceritakan segalanya, bagaimana kekuatan PMO FC yang selama ini terselindung disebalik tembok yang memisahkan Tasik Putrajaya dan Bangunan Perdana Putra telah dirobohkan dengan semangat berpasukan PMO FC.

PMO FC menerima kunjungan JAWHAR FC di padang Uniten A, Bangi. Dengan jaringan 3 gol dalam separuh masa pertama telah menggambarkan terlukanya PMO FC setelah gagal mendapat keputusan yang memuaskan dalam perlawanan yang terdahulu.

Keceriaan setiap pemain diteruskan lagi pada separuh masa kedua dimana setiap pemain memanfaatkan setiap peluang yang terhidang dan dapat menghasilkan tambahan 3 gol tanpa balas diseparuh masa kedua. Dengan jaringan 3 gol setiap separuh masa membolehkan PMO FC pulang bergaya dengan keputusan penuh PMO FC menewaskan JAWHAR FC 6 gol tanpa balas. Harapan setiap pemain dan pengurusan pasukan PMO FC agar kejayaan ini dapat diteruskan dimasa akan datang.

Sekian.




Tuesday, February 15, 2011

PMO FC Bertandang ke MMU Cyberjaya

Assalamualaikum..

Kembali bersama PMO FC. 3 minggu berlalu tanpa perlawanan persahabatan. Kesempatan ini telah diambil oleh setiap ahli bagi memperkuatkan diri, memantapkan stamina dengan melakukan aktiviti bebas masing-masing. Saranan dari Pengurus pasukan yang mahukan setiap pemain mempunyai inisiatif tersendiri dalam merangka dan mengatur masa yang ada demi memberikan komitmen sepenuhnya terhadap pasukan telah dimanfaatkan sepenuhnya dalam tempoh 3 minggu tersebut.

PMO FC membuka kalendar Februari dengan mengatur perlawanan persahabatan bersama MMU FC (Multimedia Universiti). Setelah 2 perlawanan terdahulu PMO FC menjadi tuan rumah kini tiba masanya untuk terbang berkunjung ke tempat lawan.
Perlawanan pada 14 Feb 2011 (Isnin) telah berlangsung di Stadium Universiti Multimedia, Cyberjaya.

Perlawanan yang bermula sedikit lewat namun tidak mengganggu kerancakan permainan. MMU FC bermula garang pada separuh masa pertama dengan menghasilkan satu gol walaupun PMO FC mempunyai sekurang-kurangnya 2 peluang keemasan yang gagal disempurnakan. Perancangan kembali diperkemaskan dimana PMO FC membuat 4 pertukaran serentak bermula separuh masa kedua. Percaturan Pengurus menampakkan hasilnya, jaringan penyamaan dari PMO FC keatas pasukan lawan mengikat kedudukan manjadi 1-1. Penonton kembali dihidangkan dengan perlawanan yang menarik dengan kedua-dua pasukan membalas serangan bertali arus. Namun keadaan ini tidak lama bertahan apabila hujan mencurah dengan lebatnya, perlawanan sedikit terganggu dan kesempatan ini diambil oleh pasukan MMU FC menjaringkan gol kemenangan mereka diakhir babak perlawanan. Tamat perlawanan dengan PMO FC terpaksa akur kepada MMU FC dengan keputusan 2-1.


Sekian..






test