Thursday, February 24, 2011

PMO FC berkunjung ke Sek. Men. Teknik Sepang (SMTS FC)

Assalamualaikum..

Kembali bersama perlawanan persahabatan seterusnya. Pada tarikh 23 Feb 2011, PMO FC sekali lagi terbang berkunjung ke Sek. Men. Teknik Sepang (SMTS FC). Kunjungan kali ini bertujuan membalas dendam kepada pasukan sama yang dibarisi pelajar Sekolah Menengah Teknik tersebut diatas keciciran mata PMO FC pada kunjungan terdahulu. Berbekalkan kemenangan besar pada perlawanan sebelumnya, PMO FC tampak yakin yang perlawanan kali ini tidak akan berpihak kepada pasukan lawan lagi.

Perlawanan berlangsung rancak pada separuh masa pertama. Faktor padang dan cuaca yang begitu baik menjamin perlawanan yang menarik antara kedua-dua pasukan. Serangan demi serangan dilancarkan, namun tiada satu pun yang menemui jaringan. Kedua-dua pasukan mengamal corak permainan berhati-hati dengan sesekali serangan yang dilancarkan oleh PMO FC agar menggusarkan pertahanan SMTS FC.  

Bermula separuh masa kedua, serangan-serangan merbahaya mula disusun oleh kedua-dua pasukan yang mahu mencari gol kemenangan. SMTS FC terlebih dahulu menemui jaringan hasil serangan balas yang pantas dan menjadikan kedudukan 1-0. Gol yang terhasil sedikit sebanyak mengubah corak permainan dan menambah tekanan kepada pasukan PMO FC. Harapan agar gol penyamaan muncul tidak kesampaian apabila SMTS FC menambah lagi derita PMO FC dengan menjaringkan 2 gol sebelum perlawanan berakhir dengan PMO FC terpaksa akur kepada SMTS FC dengan keputusan 3-0.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

test