Tuesday, February 15, 2011

PMO FC Bertandang ke MMU Cyberjaya

Assalamualaikum..

Kembali bersama PMO FC. 3 minggu berlalu tanpa perlawanan persahabatan. Kesempatan ini telah diambil oleh setiap ahli bagi memperkuatkan diri, memantapkan stamina dengan melakukan aktiviti bebas masing-masing. Saranan dari Pengurus pasukan yang mahukan setiap pemain mempunyai inisiatif tersendiri dalam merangka dan mengatur masa yang ada demi memberikan komitmen sepenuhnya terhadap pasukan telah dimanfaatkan sepenuhnya dalam tempoh 3 minggu tersebut.

PMO FC membuka kalendar Februari dengan mengatur perlawanan persahabatan bersama MMU FC (Multimedia Universiti). Setelah 2 perlawanan terdahulu PMO FC menjadi tuan rumah kini tiba masanya untuk terbang berkunjung ke tempat lawan.
Perlawanan pada 14 Feb 2011 (Isnin) telah berlangsung di Stadium Universiti Multimedia, Cyberjaya.

Perlawanan yang bermula sedikit lewat namun tidak mengganggu kerancakan permainan. MMU FC bermula garang pada separuh masa pertama dengan menghasilkan satu gol walaupun PMO FC mempunyai sekurang-kurangnya 2 peluang keemasan yang gagal disempurnakan. Perancangan kembali diperkemaskan dimana PMO FC membuat 4 pertukaran serentak bermula separuh masa kedua. Percaturan Pengurus menampakkan hasilnya, jaringan penyamaan dari PMO FC keatas pasukan lawan mengikat kedudukan manjadi 1-1. Penonton kembali dihidangkan dengan perlawanan yang menarik dengan kedua-dua pasukan membalas serangan bertali arus. Namun keadaan ini tidak lama bertahan apabila hujan mencurah dengan lebatnya, perlawanan sedikit terganggu dan kesempatan ini diambil oleh pasukan MMU FC menjaringkan gol kemenangan mereka diakhir babak perlawanan. Tamat perlawanan dengan PMO FC terpaksa akur kepada MMU FC dengan keputusan 2-1.


Sekian..






No comments:

Post a Comment

test